Dari Mata Turun KeHati

“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

LELAKI BERBICARA MELALUI TELEFON DENGAN WANITA YANG TELAH DIPINANGNYA



Aapabila seorang lelaki telah meminang seorang wanita, keduanya menilai hubungan mereka telah teranggap separuh resmi sehingga apa yang sebelumnya tidak dibenarkan sekarang dibolehkan. Contoh yang paling mudah adalah masalah pembicaraan antara keduanya secara langsung ataupun melalui telefon. 

Si wanita memperdengarkan suaranya dengan mendayu-dayu kerana menganggap sedang berbincang dengan calon suaminya, orang yang bakal menjadi kekasih hatinya. Pihak lelaki juga demikian, menyapa dengan penuh kelembutan untuk menunjukkan dia adalah seorang lelaki yang penuh kasih sayang. Tetapi sebenarnya bagaimana timbangan syariat dalam permasalahan ini?

Asy Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan menjawab: "Tidak apa-apa seorang lelaki berbicara melalui telefon dengan wanita yang telah dipinangnya (di-khitbah-nya), apabila memang pinangannya (khitbah) telah diterima. Dan pembicaraan itu dilakukan untuk saling memberikan pengertian, sebatas keperluan dan tidak ada fitnah di dalamnya. Namun bila keperluan yang ada disampaikan melalui wali si wanita maka itu lebih baik dan lebih jauh dari fitnah. Adapun pembicaraan antara lelaki dan wanita, antara pemuda dan pemudi, sekadar perkenalan (ta'aruf) – kata mereka - sementara belum ada khithbah di antara mereka, maka ini perbuatan yang mungkar dan haram, mengajak kepada fitnah dan menjerumuskan kepada perbuatan keji."

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan buruklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang makruf." (Al-Ahzab: 32) (Fatawa Al-Mar'ah, 2/605) ? (Dikutip dari fatwa Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al-Fauzan dan Asy Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin)

0 ulasan:

Catat Ulasan