Dari Mata Turun KeHati

“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

Merpati Terbang Rendah


…Di sinilah tempat paling tenang buatku, seorang gadis kampung melayan rasa hati sambil sengaja menenggelamkan khayal fikir. Sesekali minda cuba meneroka tafsir di sebalik siratan keindahan dan keajaiban alam ciptaan Allah SWT, biarpun kesudahan penerokaan sering tidak bisa dicicip makna hakiki.
Seekor merpati terbang rendah, berputar seketika di udara sebelum singgah di hadapanku.
“Sangat jinak ya kau…sunyikah kau tidak berteman wahai makhluk yang indah?” ucapku sendirian sambil tersenyum.
Ku amatinya, kali ini lebih lama. Kuamatinya dengan pandang pesona meneroka ke segenap keindahan yang tersirat di sebalik ciptaan Allah. Semakin kuamati, semakin tercerna kecantikannya lantas menyerlah hakikat kebesaran dan keagungan penciptanya. Betapa tiada terbanding kebesaran dan keagungan itu kerana segala kebesaran dan keagungan itu adalah milik abadi Yang Maha Pencipta.
Seketika, benak diterjah persoalan, beginikah agaknya yang dipanggil keindahan wanita Muslimah? Walau bertudung litup namun makin lama dipandang semakin terserlah kecantikannya yang asli. Aku berteka-teki sendirian. Meneroka dari satu daerah ke satu daerah fikir mencari jawaban yang pasti…
Dipetik dari buku Bidadari dari Timur, Tuan Sabariah Tuan Ishak (Isteri Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat) & Ili Sarah Annual Bakri


Sumber: http://akuislam.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan