Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha melihat.
Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat dahsyat?
Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.

0 ulasan:
Catat Ulasan