Dari Mata Turun KeHati

“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

Cembruru

Alia nampak dengan jelas, gadis itu keluar dari perkarangan rumah Ikwan. Alia juga nampak Ikwan menghantar gadis cantik itu dengan lambaian dan senyuman yang ranum. Kata Ikwan, gadis itu adalah kawan kecilnya. Tapi sejak gadis itu datang, Ikwan kian menjauh darinya, Ikwan kerap keluar bersama gadis itu. Hati Alia sakit! Ikwan jarang menelefonnya kini. Malah, kalau Alia call di rumah, selalu saja keluar. Handsetnya juga selalu suruh tinggalkan pesanan suara saja, bila ditanya kenapa, kata Ikwan habis bateri. Takkan sepanjang minggu habis bateri? Kalau dapat call pun Ikwan cakap sikit saja dengannya. Seolah tidak ada lagi topik yang menarik hendak di kongsikannya bersama Alia. Alia rasa bahang perubahan sikap Ikwan. Gara-gara kehadiran gadis cantik yang pulang dari London itu. Kononnya kawan lama, entah-entah kekasih lama! “Gadis tu kan baru je datang dari luar negara, lagi pun mereka memang sahabat rapat dari kecil, memanglah banyak yang nak dibualkan setelah sekian lama tidak berjumpa.” Alia mahu percaya kata-kata Nina yang memujuknya itu. Tapi cemburu dihati Alia masih juga meronta-ronta tak mahu kalah. Tak boleh jadik nih! “Tapi Nina.. Wan dah berubah! Dia macam dah lupakan Lia.. macam dia dah malas nak jumpa atau sekurang-kurangnya berbual dengan Lia.. sejak kedatangan kawan baiknya yang cantik tu!” Geram Alia bila teringatkan gadis itu. Sakit hati Alia bila terbayang wajah cantik itu. Memang dia benar-benar cantik! Hidungnya lebih mancung dari Alia, kulitnya putih dan halus. Bukan seperti Alia yang berkulit sowo matang. Matanya besar dihiasi bulu mata yang panjang dan lentik serta keningnya hitam lebat. Pipinya gebu dan licin macam kulit tomato. Bibirnya mungil dan merah jambu tanpa perlu disapu gincu. Rambutnya pula panjang lurus separas dada. Hati lelaki mana yang tidak tertawan. Alia tahu beza antara dia dan gadis itu bagaikan langit dengan bumi. Alia pandang ke dalam cermin, pantulan dari cermin memaparkan wajahnya yang masam mencuka. Dia lihat keningnya yang nipis, matanya yang kecil dan bulu mata yang pendek. Kulitnya tidak sehalus dan segebu gadis itu. Bibirnya pucat saja. Kalau tidak memakai gincu langsung tidak menarik. Alia mula bencikan rupanya! Dia ingin kelihatan cantik, lebih cantik dari gadis itu!
Alia bandingkan pula dirinya dengan gadis itu, dia hanya mendapat Diploma dalam bidang Pengurusan dan sekarang jadi kerani biasa di sebuah syarikat swasta. Gadis itu pula baru habis belajar di luar negara dengan gelaran Sarjana Muda Undang-undang. Kalau dapat kerja nanti, pasti gajinya menjangkau angka dua ribu. Ah! Gadis itu umpama permata yang berharga, manakala Alia bagai pasir yang bertaburan dijalanan. Alia mengeluh lagi. “Pasti Ikwan tidak berminat untuk bersamaku lagi.. Ikwan sudah menjumpai gadis yang sesuai dengan dirinya..” kata Alia sendirian. Alia sedar, Ikwan tidak setaraf dengannya, lelaki itu berkerja sebagai Timbalan Eksekutif di syarikat ibunya. Mereka adalah golongan berada, bukan macam Alia yang sederhana. Namun hati Alia masih berharap, dia berharap Ikwan akan kembali mesra seperti dulu. Alia ingat perkenalan mereka yang singkat tapi bermakna. “Encik Haris ada?” itulah kata-kata Ikwan ketika masuk ke pejabatnya untuk menemui bos Alia, yang merupakan pelanggannya. “ Emn.. dia keluar sekejap! Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” ujar Alia sambil mengkagumi rupa paras lelaki yang berdiri didepannya. Ikwan kacak sekali. Senyumannya lembut dan suaranya lunak. “Emn.. tak apalah! Biar saya tunggu dia..” “Oh.. kalau begitu.. silakan..” Ikwan duduk di meja menunggu yang menghadap meja Alia, Alia sesekali melirik pada Ikwan yang membelek-belek majalah yang tersedia di atas meja itu. Bila sedar dirinya diperhatikan, Ikwan melemparkan senyuman menawannya. Alia jadi tersipu malu. Tidak lama kemudian bosnya Encik Haris kembali. Ikwan segera masuk ke bilik pejabat Encik Haris. Waktu tengahari, Alia turun makan di restoran berhampiran, ketika Alia menunggu pesanannya, tiba-tiba satu suara menyapa. “Boleh saya join kamu?” Alia agak terkejut bila melihat Ikwan berdiri di tepi mejanya. “Semua meja telah penuh..” ujarnya lagi dengan senyumannya yang mencairkan
hati Alia. Alia agak tergagap tetapi mempersilakan Ikwan duduk semeja dengannya. Mereka mula berbual dan memperkenalkan diri masing-masing. Mula-mula perbualan mereka agak lembab, tapi Ikwan pandai berjenaka. Alia tak henti-henti ketawa dibuatnya. Ikwan menyerahkan kad namanya pada Alia, dia juga membayar semua harga makanan. “Terima kasih, belanja saya makan..” ujar Alia sebelum mereka berpisah. “Call saya kalau ada masa..” laung Ikwan sebelum pergi. Alia menggangguk. Hatinya berbunga riang. Sejak hari itu, mereka kerap berhubung. Ikwan selalu bercerita tentang apa saja dengannya. Ikwan akan meluahkan apa saja yang ingin dikongsikannya pada Alia. Lama kelamaan hubungan Alia dengan Ikwan menjadi erat. Putikputik cinta bersemi. Ikwan melamar cintanya pada hari lahirnya yang ke dua puluh lima tahun. Dengan sejambak bunga, kek harijadi dan seutas rantai. Alia tidak akan lupa betapa bahagianya hati wanitanya hari itu. Bagaikan seorang puteri yang mencapai impiannya. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran gadis cantik yang baru pulang dari luar negara. Kini Ikwan semakin sibuk. Dia tidak ada masa untuk menghubungi Alia. Dia sudah ada teman lain untuk berkongsi cerita mahu pun masalah. Kalau dulu, Alialah tempat mengadu bila hatinya resah atau terlalu penat dengan kerja, kini ada gadis lain yang mengambil alih peranan itu. Alia semakin terkilan. *************** Alia tidak menghubungi Ikwan lagi selepas dia ternampak gadis itu keluar dari rumah Ikwan. Alia tidak mahu menjadi muka tembok yang tidak tahu malu. Biarlah Ikwan menghubunginya jika lelaki itu masih ingat padanya. Alia ingin menganggap hubungannya dengan Ikwan sudah berakhir. Dia mengambil keputusan itu setelah memikirkannya masak-masak. Walau pun tiada kata putus antara mereka, Alia lebih rela daripada mendengar kata perpisahan dari mulut Ikwan. Namun setelah dua minggu, Ikwan tidak juga menghubunginya. Hati Alia semakin remuk redam. “Hai Lia.. mendung je muka kamu kebelakangan ni..” Sapa Harun, rakan
sekerjanya. “Kau jangan sibuklah!!” “Eh! Marah?” Sakat lelaki itu lagi. Alia tarik muka masam. Dia memang selalu bermuram durja gara-gara hubungannya dengan Ikwan yang dingin itu. “Aku bukan apa Lia.. tapi sebagai kawan, aku kesian juga tengok kau ni.. badan pun dah susut.. kau makan hati ya?” Harun bersuara lagi. Alia tantang muka Harun dengan tajam. Dia tidak suka orang lain masuk campur dalam hal peribadinya. “Aku dah lama tahu hubungan kau dengan Encik Ikwan tu.. aku rasa baik kau lupakan saja dia tu.. aku rasa kau pun tahu, Helina sudah balik dari luar negara. Si cantik tu akan bertunang dengan encik Ikwan tak lama lagi.” Lancar benar Harun menceritakan hal itu. Darah Alia rasanya tersirap hingga ke umbun-umbun. Dia tidak menyangka hubungan Ikwan dengan gadis cantik itu sudah sampai ke tahap bertunang. “Dari mana kau dapat tahu semua ni Harun?” tanya Alia was-was. Betul ke budak Harun ni? Banyak sangat dia tahu tentang Ikwan. “Kau hairan? Aku sepupu Helina, memang la aku tahu banyak tentang dia dan Ikwan..” Sahut Harun dengan yakin. Alia tertunduk, matanya mulai terasa panas. Ada manik-manik jernih yang bertakung dibibir matanya. Sampai hati Ikwan! Hendak bertunang pun Ikwan tidak memberitahunya. “Mereka dijodohkan oleh keluargakah?” tanya Alia lagi. Dia berharap Ikwan berbuat demikian kerana terpaksa. Alia enggan menerima hakikat kalau Ikwan benar-benar mengkhianati cintanya! “Sudahlah Alia.. jangan berharap lagi! Helina tu memang kekasih dia.. sebelum kau bersama Ikwan lagi.” Hati Alia hancur berkecai mendengar kebenaran itu. Jadi selama ini Ikwan menipunya. Selama ini dialah pihak ketiga. Dia hanya sebagai boneka Ikwan kala Helina tidak ada bersama. Cuma sandaran sementara saja! Patutlah
Ikwan tidak memperkenalkannya pada Helina bila Helina baru pulang. Ikwan kata kawan sepermainannya dari kecil lagi baru pulang dari luar negara. Tapi sedikit pun dia tidak bersuara untuk memperkenalkan Alia pada gadis itu, jadi memang benarlah Helina adalah kekasih lama seperti jangkaan Alia! Sakit hati Alia terasa semakin dalam. Jantungnya seakan ditikam-tikam dengan pisau yang amat tajam. Dia benci Ikwan. Dia benci Helina! Mengapa mereka melukakan hatinya. Mengapa Ikwan mencambahkan cinta dihatinya, tapi kini dengan kejam membunuh cinta itu tanpa belas kasihan! “Kenapa dia tidak beritahu aku?” kata Alia seolah-olah bertanya pada Ikwan. “Entahlah Lia.. dia mungkin takut kau akan berjumpa Helina dan mengaku sebagai kekasihnya.. pasti hubungannya dengan Helina akan terjejas jika itu berlaku..” Ada benarnya juga kata-kata Harun itu, patutlah Ikwan enggan dihubungi. Dia takut rahsia hubungannya dengan Alia terbongkar. “Harun.. aku nak cuti setengah hari, hari ini.. tolong bagitau Encik Haris, katakan aku tak sihat..” Alia mengemas mejanya. Dia ingin pulang ke rumah dan menangis sepuas-puasnya. Dia ingin meraung dan menjerit untuk melepaskan kesakitan yang sarat berbuku didadanya. Harun mengangguk. Dia kelihatan amat bersimpati dengan Alia. Alia segera mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Zarul, adik sepupunya. “Kakak ni.. tolong ambil kakak di pejabat!” kata Alia sebaik saja talian disambungkan. “Ai! Awalnya.. ada apa hal kak?” “Kakak tak sihat hari ni.. kau di mana sekarang?” “Saya masih di bandar ni.. ada temuduga pukul 11.00 a.m., habis temuduga nanti saya ambil kakak macam mana?” Alia mengeluh. Dia ingin segera pulang ke rumah. Tapi Zarul pula sibuk. Adik sepupunya itu baru tamat belajar dan sedang mencari kerja. Dia dihantar dari
kampung oleh ibubapanya untuk tinggal bersama Alia sementara mendapatkan pekerjaan. Zarul akan menghantar dan mengambilnya dari kerja setiap hari. Alia baru saja membeli sebuah kereta kancil tapi dia tidak mempunyai lesen memandu. Nasib baiklah Zarul sudah mendapatkan lesen memandu, secara tidak langsung Zarul menjadi pemandu sementara kepada Alia yang baru memohon lesen memandu dan masih dalam proses pembelajaran. “Tak apalah! Kakak naik bas saja..” “Eh! jangan lah..! Zarul datang sekarang..” “Kan kau nak temuduga.. nanti terlewat pula.. sekarang dah pukul 10.30 a.m..” “Alah.. masih sempat!” Talian terus diputuskan. Alia mengeluh. Zarul berkeras mahu menghantarnya pulang meski pun dia ada temuduga. Alia terpaksa menunggu. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi hon di luar. Alia segera keluar dan masuk ke perut kereta. “Tengok.. sudah pukul 10.40am.. mana sempat!” ujar Alia sambil menunjukkan jam tangannya pada Zarul. “Sempat.. bukannya jauh!” balas Zarul sambil ketawa kecil. “Ha.. nak bawa laju lah tu! Zarul.. kakak rasa baik Zarul pergi tempat temuduga tu, kakak tunggu di kereta.” Cadang Alia. “Emn.. idea yang baik..” Zarul setuju. Kereta segera meluncur ke tempat yang dituju. “Eh! Kau temuduga di sini?” Zarul angguk. Alia kenal benar dengan bangunan itu. Bangunan itu adalah milik ibu Ikwan. Jadi Zarul pergi temuduga di syarikat milik keluarga Ikwan. Alia benar-benar tidak senang hati! “Zarul kejap saja.. kakak tunggu ya!” Zarul bergeges masuk ke dalam bangunan itu.
Alia mendengar radio sementara menunggu Zarul masuk ke dalam. Tiba-tiba sebuah kereta masuk parking benar-benar di sebelah keretanya. Alia macam kenal kereta itu, dia menoleh memandang pemandunya. Alia tersentak, Ikwan! Lantas Alia berpura-pura tidak melihat Ikwan. Alia menundukkan kepalanya sambil membaca surat khabar yang dibeli Zarul. Bila Alia sudah pasti Ikwan telah pergi barulah Alia tercangak-cangak mencari kelibat lelaki itu. Perasaannya bercampur baur. Dia pun tidak tahu mengapa dia mengelakkan diri dari bersemuka dengan Ikwan. Biarlah hubungan mereka berlalu bagai angin yang datang menyapanya untuk seketika. Rasanya tak perlu lagi Alia hendak berperang besar dengan Ikwan atau Helina. Alia sedar siapa dirinya. Kalau nak rajuk biar pada yang sayang, kalau orang dah tak sudi buat apa Alia nak terhegih-hegih menagih perhatian Ikwan. Namun jauh di sudut hati Alia, dia merasa cukup pedih dan sengsara. Cinta yang mekar di hatinya itu bukannya mudah hendak dibuang dalam sekelip mata! Ketika dia sibuk merenungi nasib diri, tiba-tiba Zarul muncul mengetuk cermin kereta. Di belakangnya kelihatan Ikwan yang memandangnya dengan wajah penuh misteri. Alia segera membuka tingkap. “Kakak.. saya telah diterima bekerja di sini.. emn! Ni lah bos saya.. katanya nak jumpa kakak..” kata Zarul sambil tersenyum simpul. Hati Alia menjadi tidak keruan. Dia memandang muka Zarul dan Ikwan silih berganti. “ Emn.. boleh kita cakap sendirian..?” Kata Ikwan dengan tenang. Alia terasa lidahnya kelu. Dia yakin, Ikwan mahu berterus terang dengannya kini. Terasa air mata mula bertakung di bibir matanya. Alia mengangguk perlahan. “Lia naik kereta Wan?” Ikwan membuka pintu keretanya. Alia angguk lagi. Dia segera keluar dari kereta kancilnya dan masuk ke dalam kereta Honda Ikwan. “Zarul balik dulu lah!” kata Alia pada Zarul. Zarul agak kehairanan kerana bakal bosnya mengajak kakak sepupunya masuk ke dalam keretanya pula. Tapi Zarul tidak membantah. Dia masuk ke dalam kereta dan beredar. “Kita pergi tempat biasa?” kata Ikwan lembut. Alia tidak menyahut. Dia hanya terbayang puncak bukit di mana mereka selalu menghabiskan masa bersantai
di situ. Dengan membawa sedikit bekalan, mereka seolah-olah berkelah di puncak bukit itu. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Helina. Alia yakin, Ikwan hendak bercakap tentang hubungan mereka pada hari ini. Mungkin hari ini adalah hari terakhir mereka mengunjungi puncak bukit yang indah itu. “Kenapa diam?” Alia menoleh memandang Ikwan. Ikwan melirik padanya sambil terus memandu. “ Emn.. tak ada apa..” Sahut Alia malas. Sebenarnya dia mahu meluahkan segala yang berbuku di hatinya. Dia mahu tanya tentang Helina dan mengapa Ikwan merahsiakan hubungannya dengan Helina selama ini. Alia ingin sekali mengamuk dan meradang atas sikap Ikwan yang mempermainkan hati dan perasaannya. Namun, Alia hanya membisu, dia tidak tahu hendak berkata apa kepada Ikwan. Cintanya pada Ikwan begitu dalam dan Alia pasrah jika terpaksa mendengar khabar buruk itu hari ini. Sepuluh minit kemudian mereka sampai di puncak bukit. Suasana tenang dan dingin. Tapi hati Alia semakin ketakutan. Takut menghadapi kata-kata perpisahan dari Ikwan. Ikwan kejam kerana mempermainkan harga dirinya. Alia tidak mahu kelihatan bodoh dengan mengamuk atau melenting pada Ikwan yang nyata menjadikannya sebagai boneka mainan. Itulah tekad Alia. Alia ingin terus bersabar! “ Kenapa diam saja dari tadi Lia..?” tanya Ikwan lagi. Dia memandang mata Alia seolah-olah mencari-cari sesuatu di situ. Wajah Alia muram saja. Tidak ada apa-apa di matanya kecuali kedukaan. “Cakaplah apa yang Wan nak cakap..” ujar Alia membuang pandangannya dari wajah Ikwan. Ikwan menarik nafas berat. Sukar untuk memulakan kata-kata. “ Wan tahu, Alia kecil hati kerana Wan seolah-olah menjauhkan diri dari Lia.. maafkan Wan..” Ikwan mula membuka kata-kata. Alia mengigit bibir menahan sendu di hatinya. “Lia pun tidak mahu menghubungi Wan lagi.. Lia juga seolah-olah tidak mahu ambil tahu tentang Wan lagi..” Sambung Ikwan.
Alia terus membisu, dia enggan berkata apa-apa. Biarlah Ikwan menyampaikan kata-kata terakhirnya sebelum mereka berpisah. Alia bersiap untuk mendengar kebenaran yang pasti menyakitkan itu. “Biarlah Wan berterus terang dengan Lia…” Alia segera membelakangkan Ikwan. Dia tahu apa yang bakal didengarnya. Airmatanya sudah luruh. Ikwan tidak menyedari airmata itu kerana Alia segera menyembunyikan wajahnya dengan menghadap hutan yang tebal. “ Wan..” suara Alia serak. “ Boleh tak Wan tak payah cakap apa yang Wan nak cakap..” Alia masih membelakangi Ikwan. Suaranya bergetar, Ikwan mula perasan ada pergolakan dalam perasaan Alia. Dia ingin sekali memujuk. “ Lia.. Wan tahu Lia merajuk! Wan tahu Wan salah.. Kita berdamai o.k?” Alia segera berpaling ke arah Ikwan. Ikwan terharu melihat airmata Alia yang bercucuran itu. “Sampai hati Wan.. Lia tahu Lia tak sepadan dengan Wan, tapi kenapa Wan tak terus terang dengan Lia? Sepatutnya Wan tak perlu minta maaf dengan Lia.. biarkan saja Lia! Kawin sajalah dengan kekasih hati Wan tu.. sampai hati Wan permainkan perasaan Lia..” Tersembur keluar semua yang berbuku dihatinya. Wajah Ikwan nampak terkejut. “Kenapa? Wan tak sangka Lia sudah tahu hubungan Wan dengan Helina? Wan fikir Lia tak tahu Wan nak bertunang dengannya? Cukuplah Wan.. jangan nak siksa hati Lia lagi..” Ucap Alia separuh menjerit. Ikwan tercengang memandangnya. “ Mana Lia dapat cerita ni?” “ Itu tak penting.. yang penting mengapa Wan permainkan perasaan Lia.. kenapa Wan mahu bersama Lia sedangkan Wan dah ada Helina..” “ Lia.. Lia.. Lia! Wan tak faham.. mana Lia dapat cerita Wan nak tunang dengan Helina, sumpah Lia! Dia cuma kawan baik Wan dari kecil lagi. Dia bukan kekasih Wan!” Alia mula diam, tangisnya reda mendengar kata Ikwan. Mereka berpandangan.
“Betul..?” tanya Alia sambil mengesat airmatanya. Ikwan angguk. “Tapi kenapa Wan tak kenalkan Lia dengan dia? Kenapa Wan jauhkan diri sejak dia datang?” Wan tarik nafas berat. Dia melangkah ke keretanya dan mengambil sesuatu. “Nah!” Beberapa keping gambar dihulurkan kepada Alia. Alia membelek semua gambar itu. Semuanya gambar dia bersama Zarul, ketika dalam kereta, di jalan raya dan di perkarangan rumah. “Kenapa ada gambar Lia dan Zarul..?” tanya Alia tidak faham. “Kerana gambar inilah Wan menjauhkan diri dari Lia.. beberapa minggu lepas, satu surat dikirimkan pada Wan. Dalam surat itu ada gambar Lia dan Zarul. Kononnya Zarul adalah tunang Lia.. Lia telah ditunangkan oleh keluarga Lia.. Wan pun frust la bila dapat tahu..” cerita Ikwan dengan tenang. “Tapi kenapa Wan tak tanya pada Lia?” Kata Alia dengan wajah yang lebih cerah. Sisa-sisa airmata sudah hilang. “Itulah silap Wan! Wan mahu Lia sendiri yang berterus terang dengan Wan.. tapi Lia sikit pun tidak cakap apa-apa, Zarul tinggal serumah dengan Lia .. tapi sedikit pun Lia tidak memberitahu Wan.. tentulah Wan salah faham. Wan geram, marah dan benci pada Lia sebab tu Wan malas nak layan Lia.. malas nak sambut call Lia.. Manalah Wan tahu Zarul tu adik sepupu Lia.. mujurlah dia datang temuduga tadi, Wan masih cam muka Zarul dalam gambar tu. Wan memang nampak Lia dalam kereta tunggu Zarul tadi, tapi Wan tak tegur Lia kerana Wan masih salah faham dengan Lia, tapi lepas temuduga Zarul tadi, Wan tanya Zarul siapa gadis yang tunggu dalam kereta? Barulah Wan tahu Zarul adalah adik sepupu Lia.. barulah Wan tahu selama ni Wan salah faham dengan Lia.. Wan nak minta maaf, Lia?” Alia termangu mendengar cerita Ikwan. Rupanya ada kisah yang diluar jangkaannya. Siapa pula yang mengambil gambarnya dengan Zarul dan
mengatakannya bertunang? Alia keliru. “Wan tak tunang dengan Helina?” “Sumpah tidak! Siapa yang cakap ni..” “Harun.. sepupu Helina! Katanya Wan memang kekasih Helina sebelum Wan bersama Lia lagi.. katanya tak lama lagi Wan akan bertunang dengan Helina.. Lagi pun Wan semakin menjauhkan diri dari Lia sejak dia datang..” jelas Alia. Dia mula ragu dengan kata-kata Harun. “Mestilah Wan jauhkan diri dari Lia masa tu, sebab Wan marah pasal gambar Lia dengan Zarul.. Wan malas nak kenalkan Lia dengan Helina kerana masa tu Wan benar-benar salah sangka pada Lia.. maaf ye sayang..” Ikwan menarik tangan Alia dan memandang tepat ke matanya. Alia angguk sambil menarik nafas lega. Dia menyangka Ikwan hendak memutuskan hubungan tapi kini sebaliknya. “Memang benar Harun tu sepupu Helina, tapi hairan mengapa dia nak menghancurkan hubungan kita pula?” Kata Ikwan penuh tanda tanya. Alia angkat bahu. Kini hatinya lega. Gadis cantik itu ternyata tidak ada apa-apa hubungan cinta dengan Ikwan. Rupanya semua masalah itu hanyalah salah faham dan fitnah orang lain. Cemburunya pada gadis itu hilang serta merta. “Dan hairan.. siapa pula yang ambil gambar Lia serta hantar kat Wan? Sudah jelas ada orang yang mahu musnahkan hubungan kita?” Kata Alia pula. “Ya! Mungkin Harun juga?” Alia mengganguk tanda setuju dengan kata-kata Ikwan itu. mereka berpandangan. Saling tersenyum. Mereka tidak peduli apakah motif Harun, yang paling penting kini mereka sudah kembali bersama. “Maaf ya?” tanya Ikwan sekali lagi. “Lia juga..” Balas Alia. “Sia-sia saja Wan bencikan Lia.. tahu-tahu cuma salah faham..” Kata Ikwan sambil ketawa kecil. Teringat akan sikapnya beberapa minggu yang lepas. Seluruh isi rumah menjadi tempatnya melepaskan marah. Berbakul-bakul
leteran ibu kepadanya kerana sikapnya menjadi garang tidak tentu pasal. Anak-anak buahnya di pejabat pun tidak berani curi tulang, takut pada Ikwan yang tidak semena-mena bertukar angin. Bos yang dulunya peramah dan mesra menjadi bengis tak menentu. Pantang silap sikit adalah yang kena marah! Semuanya pasal gambar yang diterimanya itu. Helina pun selalu merungut dengan perangainya yang selalu berubah angin. Hendak berlawak jenaka pun susah. Kalau senyum pun bagaikan terpaksa! “BenarkahWan bencikan Lia?” Tanya Alia menduga. “ Ya! Benci sangat.. benci tapi rindu..ha ha ha.. merana betul Wan menanggung rindu tidak jumpa Lia beberapa minggu. Kadang-kadang Wan harap Lia akan call atau SMS Wan.. tapi bila buka handset.. sunyi saja..” luah Ikwan tentang perasaannya ketika musim dingin hubungan mereka. “Lia juga.. nak call Wan.. tapi teringat Helina mungkin sedang bersama Wan..” Ujar Alia pula, mereka tertawa bersama. Rupanya mereka sama saja, cemburu buta! “Zarul cakap Lia tak sihat? Minta hantar balik rumah..” tanya Ikwan dengan muka bimbang. Muka Alia memang pucat saja tadi. “Emn..” Alia tersenyum nipis. Kini dia kelihatan berseri-seri. “Lia sakit apa?” tanya Ikwan lagi sambil sentuh dahi Alia. “Sakit hati..” jawabnya dengan menahan senyum. “Oh.. rupanya! Sakit hati kenapa boleh senyum?” ujar Ikwan setelah mendapat tahu. Dia turut senyum meleret. Alia hanya menolak bahu Ikwan dengan manja. Ikwan tertawa melihat riaksi Alia. “Lia..” Panggil Ikwan dengan suara romantis. Alia mendongak ke arah wajah lelaki yang dicintainya itu. Rindu benar hatinya pada Ikwan. Mujurlah semuanya sudah berubah baik. “Emn..”
“Jom kita kawin?” Mata Alia terbelalak. Dia menatap wajah Ikwan minta kepastian akan lamaran yang tiba-tiba itu. “Kenapa? Tak sudi?”Tanya Ikwan lagi. “Wan lamar Lia?” Angguk. “Bunga? Cincin? Takkan nak lamar macam ni saja?” usik Alia dengan senyum nakal. Ikwan ketawa besar. Dia menarik Alia masuk ke dalam keretanya. Alia kehairanan. “Jom kita pergi beli bunga dan cincin!!” balas Ikwan sambil masuk ke dalam perut kereta. Kereta meluncur laju menuju ke bandaraya. “Mulai saat ini.. kalau ada apa-apa masalah, kita mesti bincang! Jangan simpan sendiri dalam hati.. o.k?” bisik Ikwan sambil memimpin tangan Alia menuju ke kedai bunga terhampir. Alia mengangguk. Wajahnya penuh dengan senyuman bahagia. Dugaan seperti itu mungkin datang lagi. Tapi kalau saling cinta menyintai, kalau saling kasih mengasihi dan kalau saling mempercayai antara satu sama lain, apa pun dugaannya pasti dapat diredah bersama. Ternyata dugaan cinta itu berlalu juga!

Seharum Bunga Rampai



Renungan mata mak yang tajam itu menikam jauh ke lubuk hatiku. Aku tunduk memandang tanah yang berdebu. Angin petang menderu lembut menyapa pipi. Langkah emak disusun rapi untuk sampai ke sisiku. Daun jambu batu yang kecoklatan gugur satu persatu. Aku mendongak, bola mataku tertancap pada emak yang berwajah keruh. 
"Zah!" suara emak tenggelam bersama keriuhan suara anak-anak kecil yang seronok bermain kejar-kejar. Aku menoleh lambat. "Mak nak tahu dari mulut kau sendiri. Kenapa kau tolak pinangan tu?" tanya emak tegas. 
Aku menelan air liur. Tekakku terasa kering. "Maafkan Zah, mak!" Aku berkata perlahan. Emak menghela nafas panjang. 
"Mak terkilan Zah... Hasrat mak nak tengok kau berumah tangga nampaknya hampa lagi," suara emak tampak hiba. Aku jadi serba salah. Kata-kata emak menyentuh naluriku lantas menerobos pantas menusuk tangkai hatiku. 
"Zah tahu Zah telah melukakan hati mak kali ini. Bahkan bukan kali ini saja, tapi sudah banyak kali. Tapi mak... . Zah... Zah... " Aku tidak meneruskan kata-kata. Emak memandang lembut. Aku kaget. Riak wajah emak berlainan sekali daripada tadi. 
"Tapi apa Zah?" ujar emak. 
Aku mengira waktu untuk bersuara. Kukumpulkan tenaga untuk menyusun kata-kata seterusnya. "Zah... Zah rasa belum bersedia lagi mak," aku menoktahkan bicara itu dengan spontan. Kutunggu reaksi daripada emak. Marahkah dia atau melentingkah? 
"Apa yang kau tunggu lagi Zah? Kau bukan muda lagi. Kau dah 28 tahun. Takkan umur dah 40 tahun baru nak fikir tentang kahwin!" Emak bersuara sinis. Aku tersentak. Tak kuduga emak akan melontarkan kata-kata itu. Aku tunduk kembali. Tasik air mataku sudah mula berkocak kuat. Kutahan sekuat hati agar tidak tumpah di waktu ini. 
"Zah, mak cuma fikirkan masa depan kau saja. Kau tak cemburukah melihat adik kau bahagia bersama suami dan anak-anak. Tak teringinkah kau dengan suasana seperti itu?" Emak bersuara lagi. 
Hatiku menjerit kuat. Lagi-lagi adik, lagi-lagi adik. Emak selalu membandingkan aku dengan anak keduanya itu. Aku akui adikku sudah berumahtangga dan bahagia bersama suami dan anaknya. Tapi aku cuma insan biasa, mak. Aku tak mampu merubah ketentuan Ilahi. Mungkin jodohku belum tiba. 
"Mak tak mahu sanak saudara dan jiran tetangga mencerca kau. Menggelar kau anak dara tua. Mak tak suka." suara emak kembali keras. Aku membisu, malas untuk menjawab. Angin emak berubah-ubah. Sekejap lembut, sekejap keras. Aku mengeluh lemah. 
"Kau fikirkanlah Zah. Kau dah besar. Dah matang. Jangan buat mak terkilan lagi!" Emak melangkah meninggalkan aku sendirian di pangkin. 
Aku memandang jauh ke sawah yang menghijau. Bicara emak yang tajam tadi begitu menyentuh hatiku. Aku kembali menangkap peristiwa kelmarin. Lamaran seorang doktor kutolak mentah-mentah. Entahlah. Aku tidak pasti mengapa aku berbuat begitu. Yang nyata hatiku tidak dapat menerimanya. 
Aku meletakkan beg baju dalam bonet kereta. Suasana pagi yang masih sejuk membuatkan aku terasa dingin. Emak yang duduk di tangga rumah memandang dengan riak bersahaja. Aku memerhati lama. Masih marahkah emak kepadaku? Aku menghampiri emak lantas melabuhkan punggung di sisinya. Emak masih seperti tadi, diam membisu. Aku teragak-agak untuk bersuara. Pandanganku tertancap pada batang tubuh seorang wanita separuh umur yang melenggang menghampiri rumah. Dari jauh dapat kulihat senyuman Mak Lang Esah yang lebar. 
"Assalamualaikum. Kau dah nak balik?" tanya wanita itu. Aku membalas dengan anggukan. Emak menyambut salamnya sedangkan aku cuma membalas perlahan. Senyum simpul Mak Lang Esah yang sinis itu seperti mengandungi maksud yang dalam. 
"Sebelum Mak Lang lupa, cuti sekolah bulan depan kau jangan lupa balik ke sini. Si Liza tu kan nak kahwin. Jadi Mak Lang harap kau dapatlah bantu dia apa yang patut!" Mak Lang Esah tersengih. 
Aku merenung tajam pada wajah wanita itu. sudah kufahami maksud kata-katanya tadi. Emak menoleh ke arahku. "Tengoklah nanti kalau saya dapat cuti. Saya cakap terus terang Mak Lang, saya tak pandai dalam hal-hal macam ini. Saya pergi sebagai tetamu sudahlah!" Balasku dengan cebikan. Mak Lang Esah tertawa mengekik. 
"Kalau kau tak pandai, kenalah belajar sekarang. Nanti kalau ada yang masuk meminang senanglah nak uruskan. Tak gitu kak Leha?" Mak Lang Esah menepuk bahuku sambil tertawanya berderai. 
Aku mencebikkan bibir. Orang tua ni tak sayang mulut agaknya! Hatiku mendengus kasar. 
"Zah balik dulu mak. Maaf atas segala yang telah berlaku. Zah harap mak dapat maafkan Zah!" Aku mencium tangan emak. Emak hanya mengangguk. Sepatahpun tiada bicara yang keluar dari mulutnya. 
"Mak Lang, Zah balik dulu. Kirim salam pada Liza. Tahniah Zah ucapkan pada Mak lang sebab dapat menantu duda!" Aku tersenyum sinis. Mak Lang menjuih bibir. 
"Duda pun tak apa asalkan hajat aku bermenantukan orang kaya tercapai. Tak macam kau, langsung tak ada!" Mak Lang Esah melangkah pergi dengan jelingan yang tajam padaku. 
Aku mengetap bibir, geram melihat perilaku ibu saudaraku yang sombong itu. Kalau tidak kerana dia bersaudara dan lebih tua daripada aku, ingin rasanya hati ini membalas kembali sindiran tajamnya tadi. Aku mengerling ke arah emak. Wajah emak yang tampak bersahaja meruntun hatiku. Sampai hati emak memperlakukan aku sedemikian. Emak memendam rasa hati yang kecewa sejak dari kelmarin lagi. Aku melangkah masuk ke dalam kereta dengan iringan keluhan berat. Enjin kereta menderum dan kereta meluncur laju meninggalkan halaman rumah yang menyaksikan segalanya. 
****************************************************************** 
"Cik Izah, ada orang nak jumpa!" 
"Siapa?" 
"Entah. Tapi penting katanya!" Eja setiausaha pejabat membalas dari mesin interkom. 
"Baiklah, suruh dia masuk!" 
Tak sampai lima minit kedengaran pintu diketuk kuat. Aku mendongak. "Masuk." 
"Assalamualaikum Cik Izah" suara garau seorang lelaki menyapa lembut ke telingaku. Aku terpempan. Wajahnya yang kacak itu membuatkan aku keresahan. 
"Boleh saya duduk?" 
Aku mengangguk perlahan. Dia memandang wajahku dengan pandangan berkerut. Aku tersentak daripada kejutan yang lama. 
"Kenapa? Hairan melihat saya di sini?" katanya sambil tersenyum simpul. 
"Er... tak. Cuma... eh! Bila balik dari UK?" aku mengalih kata. Dia merenung tajam. Aku jadi serba tak kena kerana panahan matanya yang tajam itu. 
"Well, sudah dua hari. Kelmarin saya ada telefon, dia orang kata you balik kampung!" katanya lagi. Aku mengangguk. 
"Kau banyak berubah sekarang!" Shamsul, lelaki yang pernah bertakhta di hatiku dulu kini berada di depan mata. Aku tersenyum pahit. 
"Makin cantik!" terpacul kata-kata itu dari bibirnya. Aku tersentak. 
"Kau pun apa kurangnya. Bertambah segak," aku memulangkan paku buah keras. Shamsul berdehem perlahan. 
"So... apa yang penting sangat kau nak jumpa aku?" Shamsul membetulkan duduknya. Aku menantikan bicara yang akan diucapkannya. 
"Dah lima tahun kita tak jumpa. Tentu banyak yang telah berlaku dalam tempoh itu. Jadi aku harap kau dapat luangkan sedikit masa untuk aku hari ini," Shamsul memandang dengan pandangan penuh harap. Aku terdiam sejenak. Hatiku berkira-kira untuk menerima pelawaan itu atau tidak. Kupandang Shamsul yang sedang menanti jawapan daripadaku. 
"Baiklah," balasku pendek. Shamsul tersenyum lebar. 
"Kalau macam tu, lunch time nanti I jemput you." Aku mengangguk acuh tak acuh. Shamsul tersengih lalu melangkah pergi. Aku tersandar di kerusi empuk. Mataku terpaku pada siling yang putih bersih. Tergambar nostalgia lama di ruang mata. Siling yang bagaikan layar memori itu menayangkan segala peristiwa yang berlaku lima tahun lalu. Shamsul adalah satu nama yang gagah di hatiku suatu ketika dahulu. Kini, entahlah. Aku sendiri tidak pasti adakah hati ini masih lagi menyimpan kasih padanya. Bila kukenang kembali saat cinta bersamanya dahulu hatiku tersentuh pilu. 
Janji setia terpateri, ungkapan kasih bersemi di hati. Kala itu kurasakan diriku amat bahagia. Setiap hari yang mendatang kulalui dengan hati yang berbunga. Waktu itu aku masih di tahun akhir pengajian, begitu juga Shamsul. Kasih kami tiada halangan walaupun Shamsul menjadi kegilaan para gadis di universiti. Aku tidak kisah semua itu kerana aku tahu hanya aku yang bertakhta di hati Shamsul. Dan yang paling menggembirakan aku, keluarga Shamsul menerima baik kemunculanku dalam hidup anak mereka. Walaupun Shamsul anak orang berada tapi keterbukaan keluargaanya membuatkan aku semakin yakin dengan kasih sayang Shamsul terhadapku. 
Tapi takdir Yang Kuasa tiada siapa yang tahu. Shamsul pergi demi mengejar ilmu. Keinginan yang lama terpendam akhirnya tercapai jua. Aku tidak berupaya untuk menghalang. Dia pergi demi meraih kejayaan. Dengan berat hati aku merelakan pemergiannya ke seberang laut walaupun pada hakikatnya hatiku terguris. Lima tahun adalah jangka masa yang begitu lama. Lima tahun segalanya boleh berubah. Walaupun aku yakin Shamsul akan setia pada yang satu, tetapi detik hatinya siapa yang tahu. 
Aku tersentak kecil. Usikan memori lama membuatkan aku jauh mengelamun. Aku mengerling pada jam di tangan. Ah, sudah waktu makan tengah hari. Aku teringat temu janji dengan Shamsul. Dengan tergesa-gesa aku menuju ke pintu dan melangkah ke tempat meletak kereta. Wajah Shamsul kelihatan segar di ruang mata. Bibirku menguntum senyum. 
****************************************************************** 
"Dia sudah kembali, Lia!" Aku memecahkan suasana petang yang hening dengan getaran suara yang mendatar. Kamalia, teman rapatku sejak dari kampus merenung lama. 
"Maksud kau... Shamsul?" 
Aku mengangguk lemah. Kamalia kembali memandang tasik yang tenang. 
"Dia datang jumpa aku!" ujarku hambar. 
"Bila?" 
"Kelmarin. Dia datang ke pejabat," balasku. 
"Macam mana dia tahu kau kerja di situ?" tanya Kamalia. 
"Entah. Akupun tak tahu. Apa yang pasti kedatangannya membuatkan hati aku resah." 
"Kenapa? Cinta lama kembali berputik!" Kamalia tersenyum sumbing. Aku memandang jelek. 
"Aku tengah tension ni. Kau janganlah buat lawak pula Lia." Aku menarik nafas panjang. Kamalia mengangguk perlahan. 
"Aku takut Lia. Daripada kata-katanya seolah-olah dia ingin menyambung kembali hubungan yang telah lama putus tu," luahku dengan helaan nafas yang panjang. 
"Baguslah macam tu. Kau pun masih single. Aku rasa dia sayangkan kau. Kalau tidak takkan dia datang cari kau," Kamalia berkata lembut. 
Angin petang menderu nyaman menampar lembut pipiku. "Aku tak pasti sama ada aku masih dapat menerima dia atau tidak," selaku tegas. Aku termenung sejenak. Hatiku berdetak resah. Jiwaku tertanya sendiri adakah aku masih menyayangi dirinya seperti lima tahun. Aku buntu. 
****************************************************************** 
Bunga telur berwarna keemasan itu kubelek dengan penuh minat. Kemilaunya memancar mata. Haruman bunga rampai menusuk hidung lantas aku bangun menghampiri pelamin yang siap digubah dengan indah. Warna kuning air pada tirai digabung dengan warna merah jambu begitu romantis. Aku tersenyum sendiri. 
"Dalam banyak-banyak warna, Sham suka warna apa?" 
"Putih gading." 
"Kenapa?" 
"Putih melambangkan kesucian, keikhlasan, ketulusan dan macam-macam lagi." 
Aku tersenyum simpul. Wajahnya kupandang dengan penuh kasih. Dia merenuhku tajam. 
"Izah?" 
"Izah suka warna peach. Lembut, romantik dan mempesonakan," aku membalas manja. 
Shamsul tertawa kecil. "Kalau macam tu, bila kita kahwin nanti Sham nak gabungkan dua warna di pelamin. Macam mana?" Shamsul mengira keriangan. Aku terpegun. 
"Kita?" 
"Sudah gaharu cendana pula," balas Shamsul mencebik. Aku tertawa riang. 
"Siapa yang nak kahwin dengan awak," aku kembali mengusik. 
"Adalah, tapi bukan awak," Shamsul mengenakan aku pula. Aku tersengih. "Sayapun tak inginkan awak," aku bangun lalu melangkah ke kampus. Shamsul terkocoh-kocoh mengekori. 
****************************************************************** 
"Kak Zah!" Aku tersentak. Lamunan terhenti dengan serta merta. Wajah ayu yang sedang memandangku tersenyum sinis. 
"Bila Kak Zah sampai? Kenapa tak masuk ke bilik?" Liza yang anggun dimekap tersenyum. 
Aku membalasnya dengan tawar. "Kak Zah minta maaf sebab tak dapat bantu Liza untuk persiapan ini. Kak Zah tak dapat cuti," aku mengalih tajuk perbualan. 
"Tak apa. Liza faham. Kak Zah datang hari ini pun Liza bersyukur. Nanti Kak Zah boleh jadi pengapit Liza," Liza tersengih. 
Aku terpempan. "Eh, kenapa Kak Zah pula? Kan Liza ada ramai kawan. Suruh merekalah. Kak Zah seganlah!" Aku menolak keras. 
Liza mengerut dahi. "Ala... bolehlah Kak Zah. Kawan Liza semua tak nak. Tolonglah Kak Zah," Liza merayu. Aku serba salah. Nak terima aku jadi segan, kalau kutolak tak sampai hati apabila melihat sinar mata Liza yang begitu mengharap. Dalam terpaksa aku mengangguk. Liza tersenyum riang. 
Aku tercacak di sisi Liza bagaikan patung bernyawa. Mataku mengerling ke arah Liza yang tersenyum lebar. Suami Liza segak di sisinya dengan cermin mata hitam. Aku tergelak dalam hati. Dari saat ke minit, minit ke jam. Aku masih terpaku di sisi pengantin. Tanganku terasa lenguh menggoyang kipas. Sesi tepung tawar masih belum selesai. Begitu ramai sanak saudara yang ingin merestui pengantin. Aku mengeluh penat. Sesekali aku mengesat peluh yang merenik di dahi Liza. 
Dari jauh kulihat emak berlenggang untuk menepung tawar. Sesampai emak di pelamin, tangannya pantas mencapai air mawar dan bunga rampai. Selesai menepung tawar, emak memandangku dengan pandangan yang penuh bererti. Aku tunduk tak sanggup menentang pandangannya yang tajam. Emak berlalu setelah menerima bunga telur. Hatiku sungguh tersentuh dengan pandangan emak. Selepas pemergian emak seorang anak muda berbaju melayu putih gading menghampiri pelamin. Aku memandang warna baju itu. Wajahnya tiba-tiba menjelma. Hatiku jadi sebak dengan tiba-tiba. 
"Kak Zah, tolong betulkan rambut saya," bisikan Liza mengejutkan aku dari dibuai perasaan. aku cepat-cepat membetulkannya. Pemuda yang sedang menepung tawar itu memandangku sambil tersenyum. Aku tersentak dan hatiku bagaikan tidak percaya. Aku melarikan pandangan daripada terus bertentangan mata dengannya. Pemuda itu berlalu dengan senyum meleret. Aku tidak tahu apakah maksud di sebalik senyuman itu. Dadaku berdebar kencang dan penyakit darah gemuruhku datang lagi. 
Aku memanggil seorang kawan Liza untuk menggantikan tempatku. Dengan tergesa-gesa aku melangkah ke bilik air. Aku tersandar ke pintu. Dadaku berombak kencang. Nafasku turun naik seperti seorang atlet yang penat berlari. Aku tidak tahu mengapa aku berperasaan sebegini. Mengapakah bila aku terpandang dia hatiku jadi tak keruan. Aku termenung sejenak. Kenapa dia berada di sini dan apakah kaitannya dengan majlis ini. Aku tercari-cari jawapannya. 
Setelah menarik nafas panjang, aku melangkah keluar melewati bahagian dapur di mana emak dan beberapa orang wanita sedang rancak berbual. Demi terpandang aku, Mak Jah yang terkenal seperti mulut murai tersenyum sumbing pada emak. 
"Hai Kak Leha. Bila lagi nak buat nasi minyak? Tak kan sekali saja. Kita ni dah lama kempunan nak makan nasi minyak di rumah Kak Leha!" Mak Jah bersuara tajam. Aku memandang pada kelompok itu. Geram melihat wajah-wajah yang sedang tersenyum mengejek. Emak memandangku dengan wajah yang terluka. Aku tersentuh dengan renungannya. Sakit rasa hatiku. Aku menghayun langkah ke bilik pengantin. Keadaannya agak lengang memandangkan semua tetamu bertumpu di tempat persandingan. Aku menjenguk ke dalam bilik kalau-kalau ada kekurangan. 
"Apa khabar Izah? Tak sangka kita bertemu di sini," tiba-tiba satu suara lelaki menegur dari belakang. Aku tersentak. Dadaku berdegup kencang. Aku menoleh pantas. Wajah tadi kini berada di depan mataku. 
"Err... Shamsul. Kau buat apa di sini?" suaraku terdengar bergetar. Shamsul tersenyum. 
"Pengantin tu sepupu I," balas Shamsul. 
Aku mengangguk faham. Rupa-rupanya suami Liza adalah sepupu Shamsul. Aduh... kenapa jadi begini. Aku tercari-cari idea untuk meneruskan perbualan, sedangkan Shamsul hanya membisu. 
"Izah, saya ada sesuatu nak cakap pada awak," Shamsul bersuara lembut. Aku mengerling sekilas. Raut wajahnya menyatakan niat Shamsul yang serius. 
"Apa dia?" 
"Saya rasa ini bukan waktu yang sesuai. Jumpa aku di sawah pukul 2.00." 
"Kenapa? Rahsia besar sangat ke?" Soalku ingin tahu. 
"Kalau kau nak tahu, jumpa aku di sana," Shamsul melangkah pergi meninggalkan aku yang terkapai-kapai. Aku kebingungan sendirian. Raut wajah dan kata-katanya yang serius membuatkan aku tertanya-tanya di dalam hati. 
Tepat pukul 2.00 petang aku sudah terpacak di dangau sawah. Awalnya aku teragak-agak untuk datang, tetapi setelah kufikirkan niat Shamsul yang kelihatan ikhlas, aku tidak sampai hati pula untuk menolak. Atas dasar persahabatan antara kami aku datang juga seperti yang dijanjikan. 
"Terima kasih kerana sudi datang," tiba-tiba Shamsul bersuara dari belakang. Aku menoleh. "Aku tahu, kau tentu tidak akan menolak. Dan aku juga pasti yang kau ingin tahu apa yang ingin kusampaikan," Shamsul melangkah lalu melabuhkan punggungnya di lantai dangau. Baju melayu putih gading itu masih dipakainya. 
"Apa yang penting sangat yang awak nak cakap pada saya?" tanyaku sambil menguis rumput di kaki. 
"Sebelum aku cakap... aku nak tahu. Izah, apakah kau masih sayang padaku?" Aku tersentak dengan saoalan itu. Shamsul menarik nafas panjang. 
"Kenapa kau tanya? Apakah ia ada kena mengena dengan apa yang akan kau cakapkan?" tanyaku lagi. 
"Aku tak tahu apa yang kau fikirkan selama ini, tapi aku tahu kau masih sayangkan aku. Kau masih sendiri biarpun telah lima tahun aku abaikan dirimu." 
Aku terkedu. Kata-kata Shamsul menusuk jauh ke lubuk hatiku. Kolam air mataku sudah berkocakan. Oh, begitu murahnya air mata ini. Terlalu cepat ia tumpah di depan seorang lelaki. "Aku tak tahu Shamsul. Aku tak tahu!" bentakku keras sambil tanganku pantas menyeka titik jernih yang mula mengalir. 
"Biarlah aku berterus terang saja Izah. Aku masih sayangkan kau. Walaupun selama ini kita tidak pernah berhubung, tapi setiap saat aku sentiasa mengingatimu. Aku tahu kau kecewa atas segala yang berlaku antara kita selama ini. Tapi percayalah Izah. Cintaku pada kau tak pernah berubah dan tak pernah luak walau sedikit pun!" 
"Kau terlalu yakin," tingkahku. 
"Keyakinan itulah yang memberikan kekuatan pada aku selama aku di sana. Keyakinan itu jugalah yang membawa aku datang bertemu dengan kau," ujar Shamsul serius. Aku menoleh ke arahnya. Mataku menangkap wajahnya yang tenang. Dari air mukanya aku tahu dia bersungguh-sungguh. 
"Aku mahukan keputusan daripada kau Izah." 
"Keputusan apa?" 
"Sama ada kau masih sayangkan aku seperti dulu ataupun tidak." 
Aku diam. Hatiku berbelah bagi. Adakah aku masih sayang padanya? Aku tidak pasti dengan perasaanku sendiri. 
"Cakaplah," Shamsul mendesak. Aku tunduk memandang rumput yang hijau. 
"Berterus teranglah Izah. Jangan buat aku tertanya-tanya," rayu Shamsul. 
"Aku tak tahu. Aku tak tahu sama ada aku masih sayangkan kau. Tolong jangan desak aku lagi," aku mengeluh perlahan. Shamsul menarik nafas panjang. Aku tahu itu bukan jawapan bagi soalan yang ditanya oleh Shamsul. Aku tahu dia kecewa. 
"Baiklah. Aku tak akan mendesak lagi. Aku beri kau masa untuk fikirkannya. Aku tidak memaksa. Walau apapun jawapan kau, aku terima," Shamsul menghampiriku lalu menggenggam tanganku erat. Aku terharu dengan tindakannya itu. Bunga rampai yang masih harum baunya diletakkan di tapak tanganku perlahan-lahan. Aku memandang sayu pada bunga ramapai itu. Bila aku menoleh, Shamsul sudah jauh daripada pandanganku, dan air mataku tumpah tanpa dapat kutahan lagi. 
********************************************* 
Aku mencapai dulang berisi cawan dan teko. Air berwarna jernih meluncur laju ke dalam cawan yang sudah ternganga. Wap nipis berkepul-kepul di udara. Selendang yang tersangkut di kerusi kucapai untuk menutup rambut hitam lebatku. 
"Izah, bawakan airnya," panggil emak di ruang tamu mengejutkan aku yang sedang menatang dulang. Hampir-hampir dulang yang kubawa jatuh. Aku mengucap panjang. Dengan sopan aku meletakkan dulang air di atas meja yang beralas kain sulam. Enam pasang mata sedang memerhatikan tingkah laku diriku. 
Senyuman terukir di wajah tetamu yang sudah lama kukenali. Setelah selesai menghidang aku melangkah masuk ke dapur. Hatiku berdebar kencang. Sesekali kedengaran suara tetamu ketawa sambil berselang-seli dengan ledakan tawa emak. Aku memandang emak yang menoleh ke arahku. Wajahnya menceritakan sesuatu. Aku faham riak wajah tua itu. Tanpa rasa berbelah bagi, aku tersenyum mekar. Emak merenung lama. Riak wajahnya berubah dan senyuman lega menghiasi bibir tuanya. Aku memandang bunga rampai di genggaman. Harumannya jauh menusuk ke lubuk hatiku. Jiwaku terasa bahagia. Hatiku tersenyum megah dan apa yang paling pasti, dua warna simbolik itu akan bersatu.

Penghujung Rindu




"Min, masih ingat aku?" 
"Di! Untuk apa kau hubungi aku lagi?" 
"Rindu... " 
"Sudahlah, Di. Antara kita sudah lama berakhir." 
"Tidak, Min. Bagiku masih ada yang tertinggal rindu dan kenangan... " 
"Sudahlah, Di. Lupakan semuanya," pantas ganggang telefon aku letakkan. Aku sendiri tak tahu untuk apa kau menghubungi aku kembali saat ini. Dan, entah mana kau memperolehi nombor telefonku, aku sendiri kurang pasti. Untuk apa kau hubungi aku lagi, Di? Andai hanya untuk bertanya khabarku, rasanya tak penting begitu juga andai kau hubungi aku hanya untuk menghidupkan kembali cerita kita yang telah mati. 
Empat belas tahun perhubungan kita, Di. Terlalu banyak yang aku tahu tentang kau. Segalanya kita kongsi bersama, kesusahanmu jua adalah kesedihanku dan begitulah sebaliknya. Sehingga tiba pada suatu saat dan ketika kau tiba-tiba hilang dari aku. Entah di mana salah dan silapnya, aku pun tak tahu. Andai waktu itu kau bercerita padaku tentang rindu, memang itulah yang kugendong saban hari. Di, dan memang kala itu yang ada padaku cuma kesetiaan dan keyakinan yang suatu hari kau akan datang kembali pada aku. Dan, itulah kesilapanku, Di. 
Barangkali pada waktu itu, aku masih terlalu mentah untuk mengenal hati seorang lelaki bernama Di. dan aku sendiri tidak tahu mengapa aku harus terus menantimu yang di kala itu entah di mana. Walau setiap surat-surat dan khabar yang kutitip langsung tidak mendapat sebarang jawapan dari engkau. Tapi, aku terus sabar menanti dan menanti. Sehingga tibalah penantian itu berakhir apabila aku terima khabar yang engkau rupanya telah dimiliki dan memiliki. 
Kecewakah aku, Di? Memang itulah hakikatnya. Segala harapan dan impian hancur berterbangan jadi debu. Tapi, aku harus tabah menerima kenyataan ini. Biar bagaimana pahit sekalipun, aku terpaksa menghadapinya, Di. Memang bukan mudah untuk melaluinya tapi aku terpaksa. Dan, yang amat menghiris hatiku engkau membina istana bersama dia yang jua telah sedia maklum tentang hubungan kita. Dia juga adalah sahabatku. Alangkah tergamaknya kau, Di? Sekali lagi aku terpaksa terima hakikat itu biar terlalu pedih dan menyakitkan. Dan, perlahan-lahan kututup segala cerita tentang engkau dari dalam ruang ingatanku. Segala cerita dan kenangan milik kita kubunuh semuanya. Aku mahu semuanya mati sama seprti perasaanku padamu. 
Amat payah, Di. Tapi, aku terus cuba dan mencuba. Empat belas tahun kita bersama dan mungkin terlalu kecewa aku mula membina benteng kebencian untukmu. Rasanya tak menjadi suatu kesalahan buatku. Segala yang terjadi atas kesilapanmu. Setelah itu aku tak pernah mengharapkan agar kau kembali semula padaku. Tapi, entahlah, Di. Jauh di sudut hatiku dapat merasakan yang suatu ketika kau pasti kembali mencari aku. Ternyata tanggapanku benar belaka. Setelah hampir enam tahun engkau pergi, hari ini kau kembali. 
"Maafkan aku, Min," sekali lagi suara itu menggangguku suatu pagi. 
"Tak perlu, Di. Aku telah lupakan segalanya." 
"Tapi, tidak aku Min. Bertahun aku tak dapat melupaimu." 
"Untuk apa, Di. Sedangkan antara kita telah punya kehidupan sendiri." 
"Tapi, aku benar-benar rasa terhukum, Min. Perkahwinan kami tak pernah memberi sebarang erti padaku." 
"Biar apapun ceritamu, aku tak mahu kau jadikan ia sebagai satu alasan, Di." 
Dan, memang aku tak mahu mendengar sebarang alasan dari engkau. Kau telah terlewat, Di. Suatu waktu dulu, aku pernah memberi engkau peluang hampir bertahun-tahun dan engkau telah melewati detik itu. Dan, hari ini tak mungkin sekali lagi aku akan memberimu peluang untuk kali yang kedua. Bagiku peluang untukmu cuma sekali dan kini semuanya sudah terlambat. Sama seperti penantianku yang telah lama berakhir. Tentu aku tidak mahu mencipta bara dalam ruang kehidupanku kini. Aku telah lama membuang nama dan dirimu dari ruang kehidupanku. Biar apapun cerita dan alasanmu, aku tak memerlukannya lagi, Di. Seluruh hati dan perasaanku telah kuserahkan untuk orang lain. 
"Min, ada bunga untuk engkau." 
"Untuk aku? Dari siapa?" 
"Tak tahu... " 
Sejambak mawar merah bersama sekeping kad terselit di tengahnya menantiku. 
SELAMAT ULANGTAHUN DAN RINDU 
DARI AKU -DI- 
Memang engkau sengaja menerbitkan bibit kemarahan di hatiku, Di. Lalu ke mana harus aku simpan pemberianmu ini? 
"Kau ambillah, Su bunga ni." 
"Eh! Kenapa pulak?" soalnya terperanjat. 
"Aku tak suka, buat sakitkan hati je." 
"Ha! Ni mesti ada apa-apa ni. Betul kau tak nak? Tak nak tak apa, berseri jugak meja aku pagi ini," katanya riang. 
Maafkan aku, Di. Aku tak mengharap sebarang pemberian darimu. Memang engkau tersilap. Sampai di rumah petang itu, moodku betul-betul hilang. Semuanya gara-gara pemberian yang tak diundang itulah. Dan, sekali lagi aku jadi tak menentu bila entah tiba-tiba suamiku bersuara waktu kami mengadap makan malam. 
"Abang dengar Min dapat bunga siang tadi. Dari siapa?" Tersentak aku. Ini mesti kerja Su. Entah kenapa suka sangat ambil tahu hal aku. 
"Ya, Su beritahu abang?" aku seolah merungut. 
"Janganlah salahkan dia. Abang telefon Min tadi tapi Min meeting, so abang borak sekejap dengan Su. Entah macamana dia tercerita pulak." 
"Ala... kawan lama Min hantar." 
"Ya? Siapa?" 
"Emm..kawan Min. Diana," Suami, maafkan aku kerana membohongimu. 
"Tak pernah dengar nama tu pun." 
"Tak penting. Kawan lama masa di kolej dulu." 
"Tiba-tiba kawan Min hantar bunga?" 
"Saja.. kan harijadi Min." 
"Oh! Abang lupa, sorry Min. So, selamat ulangtahun." 
"Min tak kisah, selama ni pun tak pernah nak ingat," aku tersenyum sinis. 
Terlewatkah dia? Entahlah atau terasakah aku? Sedang suami sendiri pun tak pernah mahu ingat. Dan, kenapa harus ada orang lain yang terlebih dahulu mengingatinya. Orang yang telah mati dalam hidupku dan langsung tak punya sebarang ikatan dalam hidupku. 
"Okey, Min. Abang minta maaf sekali lagi. Nanti, kalau sempat abang belikan present untuk Min," dia cuba memujuk. 
"Tak payahlah. Min tak pernah mengharap." Ikhlaskah aku? Entahlah... 
Sepanjang usia perkahwinan kami pun barangkali cuma di tahun-tahun pertama sahaja dia ingat tarikh-tarikh penting dalam kehidupan kami. Kemudiannya, dia semakin melupai dan begitulah seterusnya. Mungkin jua banyak lagi perkara penting lain yang perlu difikirkan dari perkara yang remeh-temeh begitu. Tak perlulah aku menjeruk hati rasanya. 
Awal pagi itu, di pejabat aku semakin tak sabar menanti panggilan dari Di. "Kau sengaja menempah kemarahan, Di." 
"Kerana bunga itu?" soalnya seperti sedia maklum. 
"Ya, kerana aku tak pernah mahu menerimanya, Di." 
"Kenapa Min? Bukankah itu pemberian dan ingatan ikhlas dari aku?" 
"Kita kini dalam situasi yang sama tapi berbeza." 
"Kau membenciku. Kenapa Min?" 
"Ya, kerana kau yang menciptanya, Di. Jawapannya ada padamu... " 
"Kerana aku tinggalkan engkau? Dan berkahwin dengan dia? Tapi, kau tak pernah mahu mendengar penjelasan dari aku, Min.." 
"Dan, engkau sebenarnya tak perlu jelaskan apa-apa lagi pada aku, Di kerana aku telah menutup ruang untuk engkau bercerita.." 
"Kau kejam, Min." 
"Memang aku kejam tapi kau lebih kejam lagi, Di... " 
Terpulanglah, Di siapa yang kejam antara kita. Cuma Tuhan yang tahu. Kalau kau katakan yang aku sengaja mahu menghukum kau mungkin benar. Aku mahu engkau rasa apa yang telah aku rasakan selama ini, Di. 
"Kau berdendam, Min." 
Pernah seorang temanku seolah-olah cuba mempersalahkan aku bila aku bercerita tentang engkau. Terpulanglah, biar apapun ang-gapanmu dan anggapan mereka aku langsung tak peduli. Pernah engkau atau mereka bertanya dan merasakan bagaimana terlalu sakit dan deritanya hatiku? Selama bertahun-tahun kau pergi dan selama ini siapa yang merawat hati ini? Aku sendiri, Di, tidak ada orang lain. Walau suamiku sendiri. malahan dia langsung tak pernah tahu tentang cerita kita. Dan, memang aku langsung tak pernah mahu bercerita pada dia tentang engkau. 
Aku pun telah mengikatnya kemas-kemas menguburkannya tanpa kuletakkan sebarang tanda biarlah segalanya seolah tak pernah wujud sebelum ini. Begitu juga namamu, langsung tak pernah kusebut. Kau telah mati bagi aku, Di. Tak tersilap andainya aku katakan kau cuma mengganggu kembali duniaku, Di. Terlanjur kau menghukumku dengan mengatakan aku kejam, biarlah aku benar-benar bertindak kejam terhadapmu. 
"Hujung minggu ni ada kawan lama abang nak datang, Min." 
"Siapa?" 
"Kawan lama abang masa kat universiti dulu." 
"Mimpi apa pulak selama ini tak pernah jemput kawan datang rumah pun?" 
"Kami dah lama terpisah, Min. Bertahun-tahun tak jumpa tak sangka pulak kami bertemu balik semalam." 
"So, abang nak isteri abang ni masak sedap-sedap tau." 
"Hai... istimewa sangat kawan abang tu nampaknya?" 
"Memang Min. Kenapa, Min cemburu ke? Ala..kawan abang tu lelakilah dan dah kahwin pun," ceritanya panjang lebar. 
"Sorry ya, cik abang. Sikit pun Min tak cemburu. Tapi, ada satu syarat, abang kena tolong Min masak boleh?" 
"Okey, abang tak kisah." 
Seperti yang dijanjikan, hari minggu pun datang. Awal pagi lagi, dia telah mengajakku ke pasar. Takut ikan dan sayur habis katanya. Beria-ia sungguh dia membantuku menguruskan kerja rumah, entah apa istimewanya sangat kawan yang seorang ni aku pun tak tahu. 
"Memang dia istimewa bagi abang, Min," seolah faham dengan apa yang berteka-teki di benakku, dia memulakan cerita tanpa kuduga. 
"Kami kenal cukup lama, masa di sekolah lagi. Masa tu kami sama-sama aktif dalam olahraga dan dari situlah kami dipertemukan. Walau tak satu sekolah, tapi hubungan kami cukup akrab, Min. Sehinggalah bila kami diterima masuk ke universiti yang sama, hubungan kami semakin rapat." 
"Seperti hubungan saudara kandung, begitulah hubungan kami. Susah dia susah abang juga. Semua cerita tentang dia abang tahu," ceritanya panjang lebar. 
"Sehinggalah suatu hari dia bercerita pada abang yang dia ada masalah besar. Waktu tu kami baru saja tamat belajar. Katanya dia dipaksa kahwin, Min atas pilihan orang tuanya sedangkan waktu tu dia dah ada pilihan sendiri." Dan aku terus mendengar dengan penuh minat. 
"Apalah yang terdaya abang tolong dia, Min? Sehinggalah beberapa hari selepas itu, dia tinggalkan rumah sewa kami. Katanya dia terlalu kecewa, Min. Dia tak diberi peluang langsung untuk bersuara. Mungkin kerana terlalu kecewa dan merasakan tak mahu menjadi anak derhaka akhirnya keputusan itu diterima dalam keterpaksaan. Tambahan pula dia merupakan anak angkat keluarga itu." 
"Dia sendiri langsung tak menjemput kami ke majlisnya, Min." 
"Mungkin kerana terlalu kecewa," aku membuka mulut. 
"Ya, Min. Kerana terlalu kecewa sebagai seorang yang pernah akrab dengan dia tentu sekali abang dapat rasakan bagaimana kecewanya dia." 
"Tapi, itu cerita lama, kan? Tentu sekarang dia dah dapat melupainya dan mungkin dia dah bahagia?" Sekali lagi aku bersuara. 
"Entahlah, Min. Waktu abang jumpa dia baru-baru ini, abang tengok dia dah terlalu banyak berubah. Abang tak adalah tanya dia apa-apa tapi dia ada cerita yang isterinya juga semacam tak sehaluan dengannya walau mereka dah lama kahwin dan masih tak dikurniakan anak." 
"Min nak tahu kenapa?" 
"Mereka tu nama je suami isteri, ia hanya pada surat nikah dan pandangan zahirnya saja tapi hakikatnya bertahun mereka kahwin, tak pernah sekalipun menjalani kewajipan sebagai pasangan suami isteri macam orang lain. Pelikkan? Tapi, itulah ceritanya pada abang." 
"Kenapa pulak?" 
"Sebab, masing-masing sebelum kahwin dah ada kekasih sendiri. Nak berpisah, masing-masing tak mahu melukai hati keluarga sudahnya mereka yang terseksa." Lalu tentu sekali aku bersimpati. 
"Oh, ye. Dia tahu ke rumah kita?" 
"Abang dah beri alamat rumah ni dan nombor telefon pun dia ada." Perbualan kami terhenti bila loceng berbunyi dua kali. Berkejar suamiku ke arah pintu. 
"Ha.. dah sampai pun. Masuklah." Ramah suamiku menyambutnya. "Kenalkan ini isteri aku, Min." 
"Di..?" Dan aku benar-benar amat terkejut waktu itu. Kenapalah ini semua harus terjadi? 
"So, kalian dah kenal?" 
"Ya, Shah. Kami kawan lama." Aku dengar suaranya cukup bergetar. 
Oh... terasa sempitnya dunia ini dan maafkan aku kerana tak pernah mahu bersimpati padamu sebelum ini. Maafkan aku, Di...

Duka Di Sebalik Senyum



Pagi yang cerah itu Rina agak kesal. Sudah tiga hari sampah di depan rumahnya belum diangkut oleh pasukan kuning. Empat tas kresek ukuran sedang bertengger di depan rumahnya. Bau busuk mulai menyebar. Maklum baru memasak udang kemarin. 
Ditengohnya Imron, suaminya, sedang membaca koran pagi yang baru datang. Seperti biasa ia tak dapat diganggu kalau sedang membaca. Sebagai isteri yang mulai memahami sifat suaminya, Rina tak ingin mengusik. 
"Mas, sudah tiga hari sampah kita belum juga diambil," kata Rina ketika suaminya sudah selesai membaca. "Lho, yang belum diambil khan bukan hanya punya kita," sahut suaminya. "Ya ! Tapi sampah kita sudah banyak, bau lagi. Buang donk... Mas," rengek Rina. "Buangnya di mana ?" tanya Imron suaminya dengan nada segan. "Ya di tempat sampah ujung jalan sana." "Buat apa jauh-jauh. Buang saja di got depan rumah," kata Imron bercanda Rina sebal sekali. Apalagi dilihatnya Imron sudah rapi, siap berangkat kerja. Tapi ia tak bisa berkata apa-apa sampai suaminya pergi. 
Sampai hari kelimah sampah itu belum diambil juga. Tetangga depan dan samping rumah sudah mulai menegurnya. Rina sebal dan kesal sekali. Ya kepada tukang sampah ya kepada suaminya. Dengan rasa sedikit dongkol dipanggilnya becak. Rupanya cobaan belum juga usai. Tukang becak pun tak mau mengangkut sampat dengan alasan sampah itu nanti akan mengotori becaknya. 
Masya Allah... Rina menghela nafasnya. Terpaksa ia bolak-balik di pinggir jalan. Yah, lumayan juga capeknya. Rina mencoba menenangkan hatinya. Tapi tak bisa. Kekesalannya meledak dengan tangis. Kebiasaan waktu kecil yang tak bisa ditinggalkannya. Ia memang cenderung menggunakan perasaannya dalam menyelesaikan masalah. 
Rina duduk bersandar di kursi, merenungi masa-masa pernikahannya. Imron yang tak pernah dikenalnya telah menjadi jodohnya. Masa-masa awal pernikahannya terasa kikuk tapi menyenangkan. Mereka mencoba saling memahami sifat dan kekurangan masing-masing. Namun sampai bulan keempat ini, ia masih merasa sulit memahami sifat dan sikap suaminya. Ia yang semenjak kecil selalu dididik rapi dan disiplin merasa sulit beradaptasi dengan sikap suaminya yang cuek dan suka berbuat semaunya sendiri. Imron anak bungsu dari suatu keluarga yang cukup mampu. Tak ada yang bisa dilakukannya di rumah kecuali membaca dan membaca. Tak pernah ia membantu pekerjaan dalam rumah seperti mengepel, menguras kamar mandi atau apalah, asal bisa sedikit mengurangi bebannya. 
Tok ! Tok ! Tok ! "Assalamu'alaikum... ." Rina terperanjat. Ada tamu ! Segera ia merapikan kerudungnya. "Evi !" Jerit Rina begitu tahu siapa yang datang. "Alaikum salam... ." Evi tersenyum. Bayi yang digendongnya menguap lebar. Rina mencubit lembut bayi itu dengan gemas. "Silakan masuk, Ummu Ja'far," kata Rina menggoda. "Aku ke dalam dulu ya." "Nggak usah repot-repot, Rin." "Beres... ." Evi mengeluarkan selimut plastiknya dari dalam tas dan membentangkannya di atas sofa. Kemudian dibaringkannya bayi di situ. "Ditidurkan di dalam saja, Ev," ujar Rina setelah menyuguhkan hidangan. "Biar di sini saja menemani kita ngobrol." Rina tersenyum mengiyakan. "Afwan, Rin. Aku tak bisa datang waktu walimahanmu." "Bagaimana Rin ? Kau bahagia bukan ? Tentunya kau mendapat lelaki yang sholeh sebagai pendampingmu." Rina terdiam tapi matanya tiba-tiba berkaca-kaca. Lalu kesedihan yang memenuhi dadanya menjadi isak tangis. "Ada apa, Rin ? Ada yang salah dalam ucapanku tadi ?" Rina tertunduk. Berat rasanya memaparkan masalah yang dihadapinya kepada orang lain. Tapi Evi bukan orang lain baginya. Sahabatnya sejak di SMA itulah yang telah mengajaknya ke jalan Islam "Tidak, Ev. Tidak ada yang salah. Mas Imron memang laki-laki yang sholeh. Tapi aku belum bisa menyesuaikan diri dengan sifatnya," kata Rina dengan hati-hati. Ia lalu menumpahkan unek-uneknya. "Bagaimana menurutmu, Ev, bila lantai yang baru saja aku pel bersih menjadi kotor karena sepatu yang tak dilepas. Buku-buku yang diatur menjadi berantakan seketika. Koran-koran berserakan di mana-mana. Dan kalau aku peringatkan, jawabnya ringan sekali, Afwan, lupa, nanti dirapikan, sekali-kali. Itu tidak sekali dua kali, tapi berkali-kali. Mas Imron tak membantu. Aku kan capek." Evi tersenyum menenangkan sahabatnya. "Sabar, Rin. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan. Itu harus kita sadari. Begitulah tugas ibu rumah tangga. Apalagi nanti kalau sudah punya jundi. Kau akan tampak repot. Yang penting di antara kalan berdua harus ada keterbukaan supaya dapat menyelesaikan masalah bersama-sama." 
Sudah dua bulan Rina terbaring di rumah sakit. Wajahnya pucat dan sekali-kali merintih kesakitan. Ia baru saja keguguran kandungannya yang baru berusia 3 bulan. Evi dan suaminya datang menjenguk, beberapa menit setelah ia dipindahkan dari kamar bersalin. Mereka datang lebih awal setelah mendapat informasi dari tetangga Rina. Mereka yang ingin bertemu segera ke rumah sakit. 
Rina tersenyum ketika Evi menggenggam tangannya. Hatinya sedikit terhibur. 
Di luar Imron ditemani Arif, suami Evi. Arif mencoba menghibur hati Imron sambil bertukar pandangan. "Memang pekerjaan isteri di rumah itu berat. Bayangkan, dari setelah bangun tidur dia sudah harus bekerja. Menyiapkan sarapan, menyiapkan keperluan suaminya dan pekerjaan lainnya yang selalu ada. Ke pasar, memasak, mencuci, setrika, membersihkan rumah... . baru malam hari ia bisa istirahat. Esok harinya ia harus menghadapi pekerjaan rutin dan harus memutar otak untuk membelanjakan uang yang terbatas agar menu makan dapat bervariasi. Rutinitas seperti itu lebih terasa membosankan karena ruang geraknya hanya dibatasi dinding-dinding rumah yang terkadang sempit. Apalagi kalau sudah punya anak. Akan tambah capek dan repot isteri kita. Coba bandingkan dengan keadaan kita sebagai suaminya. Kita selalu berada di luar rumah dengan situasi yang berganti-ganti sehingga kita tidak cepat bosan. Apalagi isteri di rumah sudah menyediakan keperluan kita." Arif mengemukakan pandangannya dengan nada hati-hati dan tenang. Ia tak ingin Imron menjadi semakin merasa bersalah. Ini jelas akan memperburuk keadaan. 
Imron tercenung. Dicermatinya kata-kata Arif. Selama ini ia tak pernah berpikir sejauh itu. 
"Memang semua itu tugas isteri, tapi mungkin yang sering kita lupakan adalah rasa saling menghargai. Apa salahnya kita sesekali memuji masakan isteri, mengajaknya rihlah. [rekreasi, red] Atau yang sepele saja, seperti tidak membuatnya jengkel. Alhamdulillah, jika kita bisa membantu pekerjaan rumah kalau ada waktu. Itu akan mengurangi kebosanan dan akan lebih membahagiakannya," lanjut Arif. 
Imron tertunduk. Apa yang dikatakan Arif benar-benar membuatnya sadar. Ah... . ia merasa begitu egois. 
Ketika Arif dan Evi pulang, dilihatnya isterinya tidur dengan tenang. Ketika menatap wajah isterinya yang pucat, tak terasa matanya berkaca-kaca. Ia merasa melupakan rahmat dari Allah SWT yang telah mengaruniai isteri yang sholihah, ikhlash dengan keadaannya dan patuh. Dalam hati ia berjanji akan berbuat yang lebih baik. 
Ya Allah, bisik Imron. Berilah aku kesabarn untuk selalu membahagiakannya.